Yayasan Usaha Maju (YUM) mengucapkan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi meluangkan waktu dalam website rasmi YUM. Profile dan maklumat-maklumat berkenaan dengan YUM boleh didapati dalam website ini. Rujuk menu untuk lebih lanjut.
PERUTUSAN PENGARAH URUSAN
Selamat berkunjung ke Laman Web Yayasan Usaha Maju (YUM).
Yayasan Usaha Maju ialah sebuah badan amanah yang melaksanakan program-program mickrokredit ala Bank Grameen (Bangladesh) kepada masyarakat miskin di negeri ini. Semenjak keujudan programnya pada tahun 1988 serta penginstitusi program itu kepada YUM pada tahun 1995, kami memang berhasrat untuk menyebarkan maklumat-maklumat organisasi dan program YUM kepada semua lapisan masyarakat, khususnya kumpulan sasarnya melalui pelbagai media. Pewujudan Laman Web YUM ini adalah ke arah itu sejajar dengan penekanan dasar Kerajaan pada ketika ini ke atas pengurangan kemiskinan di negeri ini.
Pada peringkat awal ini, maklumat-maklumat yang dimuatkan di dalam Laman Web YUM ini mungkin berbentuk am dan terhad. Namun ianya akan terus diperbaiki dan dikemaskini dari semasa ke semasa mengambilkira pandangan-pandangan serta komen-komen dari pengunjung Laman Web ini.
Sekian, selamat menyusur ke Laman Web YUM.
Terima Kasih.
update - 2 May 2012
KEJOHANAN SUKAN YAYASAN USAHA MAJU 2012
KEJOHANAN ini akan dilaksanakan pada 31 May sehingga 2 Jun 2012. Antara objektif utama sukan ini ialah mengeratkan lagi hubungan diantara semua 24 cawangan YUM seluruh sabah. Walaubagaimanapun sukan ini khas untuk kakitangan YUM sahaja. Dalam sukan ini, 5 jenis permainan akan dianjurkan seperti berikut.
BIL
JENIS SUKAN
VENUE
1.
Tenpin Bowling
Centre Point Bowl, CP, KK.
2.
Bola Tampar
Dewan Politeknik Sepanggar KK.
3.
Dart
Dewan Politeknik Sepanggar KK.
4.
Karom
Dewan Politeknik Sepanggar KK.
5.
Futsal
BSA, Kolombong, KK.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Ibu Pejabat.
Terbaik jika dilihat di browser dengan resolusi 1024 × 768.
Anda ialah PELAWAT yang ke
(Terima Kasih kerana berkunjung)
Yayasan Usaha Maju (YUM) tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian, kerosakan dan kehilangan
oleh penggunaan sebarang
maklumat yang diperolehi daripada laman ini.