Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (5449)

      2018-08-08 08:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    • Taklimat Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 (12030)

      2017-11-15 01:14:17

      Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan...

    • Kursus Hasilan Kacang Soya Cawangan Keningau (14091)

      2017-10-09 06:32:53

      Industri pembuatan Makanan semakin berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun penglibatan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana khususnya usahawan bumiputera dalam bidang...

    << < 1 2 3 4 5 > >> (5)
  • Berita Semasa
    • Majlis Jasamu Dikenang (243)

      2019-02-14 08:00:37

      Majlis Jasamu Dikenang Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 08 Februari 2019 bertempat di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & SPA Kota Kinabalu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Yayasan...

    • Pelancaran Logo Baharu YUM (1089)

      2019-01-23 01:09:46

      Pelancaran Logo Baharu Yayasan Usaha Maju YUM akan menjangkau usia 25 tahun pada tahun 2020 sejak ianya diperbadankan pada tahun 1995. Oleh itu, adalah wajar dan tiba masanya agar YUM mempunyai...

    • Kakitangan Baharu (1276)

      2019-01-16 03:04:38

      Kakitangan Baharu Bil. Nama Jawatan Cawangan Tarikh Bertugas 1. Encik Recfcrn Brayon Ebin Penyelia Pinjaman Kota Marudu 3/9/2018 2. Encik Ryan Matahi Binsos Penyelia Pinjaman Pitas 3/9/2018 3. Encik Masboy Masag Penyelia...

    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 > >> (11)

Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan Pusat. Menyedari akan hakikat ini, YUM melalui Bahagian Operasi telah menganjurkan Kursus Pentadbir Pusat yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan Pusat.

Setiap kursus yang dianjurkan disertai sekitar 60 hingga 80 peserta yang terdiri daripada Ketua Pusat, Timbalan Ketua Pusat dan Setiausaha Pusat.

                                            

OBJEKTIF KURSUS

1. Pentadbir Pusat memahami peranan mereka untuk memastikan matlamat YUM tercapai.

2. Pentadbir Pusat memahami kepentingan dan fungsi dokumen-dokumen kewangan yang

    digunakan semasa MP.

3. Pentadbir Pusat memahami bagaimana menjalankan MP dengan cekap dan berkesan.

KANDUNGAN KURSUS

1. Tanggungjawab Pentadbir Pusat untuk memastikan matlamat YUM tercapai.

2. Fungsi Dan Peraturan Penting Penyelenggaraan Dokumen Kewangan   Di MP.

3. Pengendalian MP Yang Berkesan

JADUAL

KURSUS PENTADBIR PUSAT 2018

 
     

BIL

CAWANGAN

TARIKH KURSUS

1

BEAUFORT

22/3/2018

2

PENAMPANG

5/4/2018

3

PITAS

20/6/2018

4

SIPITANG

12/7/2018

5

RANAU

18/7/2018

6

KENINGAU( Siri 1 )

19/7/2018

7

KENINGAU ( Siri 2 )

2/8/2018

8

TAMBUNAN

9/8/2018

9

TUARAN

                           16/8/2018

10

KENINGAU (Siri 3 )

23/8/2018

11

KENINGAU ( Siri 4 )

13 /9/2018

12

NABAWAN

20/9/2018

 

GAMBAR SEMASA KURSUS

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN RANAU

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN SIPITANG

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN KENINGAU (Siri 1)

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN PITAS

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN TAMBUNAN

Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan Keningau. Disusuli oleh Wilayah Barat pada 23 Ogos 2017 bertempat di Cawangan Kota Marudu, Ibu Pejabat pada 28 Ogos 2017 dan Wilayah Timur pada 14 September 2017 bertempat di Cawangan Lahad Datu.

Hampir semua kakitangan telah menghadiri taklimat berkenaan yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) dan Penolong Pengarah Urusan (Perancangan). Selain taklimat, dialog dengan kakitangan juga telah diadakan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Urusan dan beberapa pegawai kanan YUM. Tujuan taklimat ini adalah memberi kefahaman dan penjelasan lanjut mengenai hala tuju YUM dalam tempoh 5 tahun akan datang (2016 - 2020). 

Tiga taklimat disampaikan iaitu Pelan Strategik YUM 2016 - 2020 disampaikan oleh Pengarah Urusan YUM En. Freddy Rantau, Pelan Operasi dan Kewangan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan (Perancangan) En. Roseli Sindong dan Pelan Pembangunan Usahawan oleh Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) En. Jayari Misuari. Manakala dialog dengan kakitangan dibuat untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak kakitangan lapangan.

  Yayasan Usaha Maju dengan kerjasama Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) telah berjaya menganjurkan Kursus Pembuatan Mee Kuning Basah dan Kering untuk usahawan YUM Cawangan Kudat pada 13-14 September 2017 bertempat di Kompleks KO-NELAYAN Kudat. Khidmat Pembangunan Perniagaan yang berkonsepkan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) seumpama ini adalah merupakan kali kedua diadakan selepas Kursus Pembenihan Ikan Keli Afrika pada bulan Mac yang lalu.

  Industri pembuatan mee yang sedang pesat membangunan telah mendorong pertumbuhan dan penglibatan usahawan IKS dalam bidang berkenaan. Potensi perniagaan mee kuning di pasaran tempatan juga mendorong usahawan mikro mengusahakan kegiatan ini secara komersial. Memandangkan penglibatan usahawan mikro YUM dalam industri ini masih kecil bilangannya, maka usaha untuk memberikan kemahiran secara hand-on sangat dialu-alukan . Oleh yang demikian, kerjasama antara YUM dengan KATC dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan khususnya dalam industri pembuatan makanan perlu diperluaskan.

              Dalam ucapan perasmian penutupan, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN Tn. Hj Yusof Hj. Ag. Besar menyatakan harsatnya untuk melihat usahawan YUM khususnya di daerah Kudat mempunyai kilang membuat mee kuning pada masa akan datang.Potensi dan peluang perniagaan mee kuning masih terbuka luas untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan.. Dalam persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang, usahawan YUM perlu berani menceburi bidang baru yang berpotensi untuk dimajukan. KO-NELAYAN menerusi KATC akan sentiasa bekerjsama dengan YUM dalam pembangunan usahawan Bumiputera khususnya dalam menawarkan khidmat teknikal dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Usahawan YUM perlu berani merebut peluang yang ditawarkan oleh Agensi Khidmat Pembangunan Perniagaan demi meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Industri pembuatan Makanan semakin berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun penglibatan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana khususnya usahawan bumiputera dalam bidang ini masih terlalu kecil bilangannya. Dari sudut pembangunan usahawan mikro YUM, penglibatan dalam industri ini masih jauh ketinggalan walaupun potensi dan pertumbuhannya dalam peningkatan pendapatan sangat memberangsangkan. Justeru itu, usaha YUM cawangan Keningau menerusi Jawatankuasa Ketua Pusat (JkeP) untuk menganjurkan Kursus Hasilan Kacang Soya merupakan langkah positif kearah menarik minat usahawan mikro YUM berkecimpung dalam industri berkenaan. Kursus Hasilan Kacang Soya ini telah dianjurkan dengan kerjasama Syarikat Hajah Yanong Frozen Food Enterprise pada 28hb September 2017 bertempat di bangunan MARA, Keningau. Seramai 30 usahawan YUM telah menyertai kursus yang menggunakan kaedah "hand-on". 

Usahawan Mikro YUM perlu dibantu untuk melengkapkan pengetahuan dan kompetensi keusahawanan bagi meningkatkan peluang untuk berjaya dalam apa juga bidang perniagaan yang mereka jalankam. YUM sedang giat bekerjasama dengan Agensi Khidmat Perniagaan kerajaan dan swasta untuk membolehkan usahawan YUM mendapat akses kepada pelbagai kemudahan dan khidmat pembangunan perniagaan yang ditawarkan. Dengan yang demikian, pihak cawangan wajar memberi sokongan dan kerjasama padu ke atas program pembangunan keusahawan YUM bagi menjamin peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan khususnya pembuatan makanan.

 

Baru-baru ini, Pihak Pengurusan YUM telah menghantar lima orang pegawai YUM ke Dhaka, Bangladesh untuk mengikuti Program Lawatan Kerja Sambil Belajar di Grameen Bank (GB). Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapat pendedahan, pengetahuan terkini dan kemahiran tambahan mengenai pengurusan risiko kredit daripada institusi pengasas kredit mikro tersebut. Program rasmi yang bermula pada 20 hingga 24 Ogos 2017 tersebut disertai oleh Penolong Pengarah Urusan Operasi; Pengurus Kawalan Risiko dan Kutipan; Pengurus Operasi Wilayah Pedalaman, Pengurus Operasi Wilayah Timur dan Pengurus Latihan.

Program bermula dengan rombongan YUM melapor diri di pejabat International Program Department (IPD), Ibu Pejabat Grameen Bank di Mirpur, Dhaka dan mendengar pembentangan mengenai GB. Sebelum itu, rombongan YUM dibawa melawat ke Nobel Gallery yang menempatkan informasi bergambar penubuhan Grameen Bank sehingga Profesor Dr. Muhammad Yunus dan Grameen Bank dianugerahkan Hadiah Peace Nobel di aras 1, bangunan yang sama. Selain daripada itu, rombongan YUM turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua IPD, Encik Syed Mohammad Alamgir dan berpeluang berbincang dengan Mir Hossain Chowdhury, Timbalan Pengarah Urusan Grameen Trust.

Pada hari kedua, rombongan YUM dibahagi kepada dua kumpulan yang membuat lawatan ke dua cawangan berbeza. Pegawai YUM dibawa melawat dan mengikuti Mesyuarat Pusat, melawat kegiatan peminjam dan melawat pejabat cawangan serta mengadakan perbincangan dengan pihak Cawangan.

Pada hari berikutnya, rombongan YUM melawat ke Pejabat Kawasan Mirzapur, Pejabat Wilayah Gazipur dan Pejabat Audit Dalaman Wilayah Gazipur. Setiap lawatan ke pejabat tersebut disusuli dengan perbincangan dengan Ketua Pejabat. Berdasarkan maklumat terkini, GB beroperasi melalui 40 wilayah, 268 kawasan dan 2,567 Cawangan dengan jumlah keahlian seramai 8.9 juta orang. Setiap wilayah mempunyai pejabat Audit Dalaman tersendiri yang melapor kepada Ibu Pejabat.

Pada hari keempat, rombongan YUM mendengar pembentangan pengurusan Risiko Kredit GB dan mengikuti Bengkel berkaitannya. Pada hari terakhir, rombongan YUM bertemu semula dengan Encik Syed Mohammad Alamgir untuk merumuskan keseluruhan dapatan dan pembelajaran yang telah diperolehi sepanjang lawatan dan aktiviti  lain. Sebagai aktiviti penutup, pihak GB telah mengurus pertemuan di antara rombongan YUM  dengan Profesor Dr. Mohammad Yunus.

Kesimpulannya, program ini telah mencapai objektif yang dikehendaki. Hasil dapatan lawatan yang diterima pakai oleh pihak Pengurusan YUM kelak diharap dapat menambah baik dan memantapkan pengoperasian perkhidmatan kredit mikro YUM.