Informasi Terkini

Unit Sistem Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan telah mengadakan Bengkel Penulisan Berita pada 20 April 2016 yang lalu di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu. Peserta bengkel adalah seramai 21 orang Pegawai Pinjaman (PPN) yang mewakili cawangan Yayasan Usaha Maju (YUM) seluruh negeri Sabah.

Objektif bengkel ialah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik yang betul menulis berita dan rencana. Disamping itu, diharapkan bengkel ini akan menjadi pendorong kepada PPN selaku wakil Editor Laman Web YUM di cawangan untuk menulis berita dan artikel berkenaan aktiviti cawangan masing-masing.