Informasi Terkini

EXPO PKS/SDSI SABAH 2016 sempena minggu PKS Malaysia telah diadakan pada 27 - 29 Mei 2016 bertempat di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu. Program Satu Daerah Satu Industri Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mendapat maklumat, mempamer dan mempromosikan produk keluaran mereka. Antara objektif penganjuran program berkenaan adalah seperti berikut;

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang program PKS di Sabah.
  • Memberi peluang kepada agensi kerajaan untuk memperkenalkan peranan dan perkhidmatan mereka kepada usahawan dan pengunjung.
  • Menyediakan maklumat terkini tentang khidmat sokongan dan polisi kerajaan yang sesuai untuk golongan peniaga.
  • Memberi peluang kepada usahawan untuk bertemu dengan pihak trade buyers berhubung dengan kemudahan kewangan.
  • Menggalakkan usahawan untuk mengeluarkan produk baru yang terbaik, berkualiti dan harga berpatutan.

YUM sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah menghantar dua orang usahawan ke expo SME/SDSI untuk mempamerkan produk keluaran mereka. Puan Jamilah Majimil dari YUM cawangan Kudat mempamir dan menjual Minyak Kelapa Dara keluaran syarikatnya iaitu Bonco Virgin Coconut Oil manakala Puan Siti Fazriana Noor B. Abdul Rashid dari YUM cawangan Penampang mempamir / menjual kek keluaran syarikatnya Creative Impian Enterprise.