Informasi Terkini

Peranan dan fungsi para pentadbir Pusat yang diterajui oleh Ketua Pusat, Timbalan Ketua Pusat dan Setiausaha Pusat perlu dikukuhkan dan dipertingkatkan. Usaha ke arah ini, YUM cawangan Kinabatangan dan Telupid telah menganjurkan Kursus Keberkesanan Kepimpinan Pentadbir Pusat seperti berikut:. 

 

Cawangan

Tarikh

Tempat

Anggaran Peserta

Kinabatangan

08 Ogos 2016

 

25 orang

Telupid

10 Ogos 2016

Bilik Kuliah Institut Perhutanan Sabah, Telupid

30 orang

 

Objektif kursus ini diadakan adalah:

  1. Memberi kesedaran kepada Pentadbir Pusat akan peranan dan fungsi mereka sebagai anggota pengurusan YUM yang membantu membantu mencapai objektif YUM;
  2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan para Pentadbir Pusat; dan
  3. Memperkasa para peserta dengan mengiktiraf peranan mereka sebagai Pentadbir Pusat.

Diharapkan selepas ini  para Pentadbir Pusat dapat memainkan peranan yang dipertanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berkebolehan serta bersedia menghadapi sebarang masalah di Pusat yang semakin mencabar.