Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • Program Pengarah Urusan Bersama Peminjam Bermasalah (4016)

      2019-05-10 10:27:36

      Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu...

    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (6184)

      2019-04-04 11:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (13190)

      2018-08-08 16:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    • KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN CAWANGAN KENINGAU (1067)

      2019-07-26 15:35:58

      YUM dengan kerjasama IXCHEL Corporation (M) Sdn. Bhd telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan kepada ahli-ahli Cawangan Keningau pada 15 hingga 16 Julai 2019 iaitu selama 2 hari. ...

    • KEMPEN DERMA DARAH TAHUN 2019 (1085)

      2019-07-24 13:57:21

      Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad (KO-YUM BHD) dengam kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah menganjurkan Kempen Derma Darah. Program ini telah diadakan...

    • Kakitangan Berpindah Tempat Bertugas (1202)

      2019-07-23 10:32:16

      Kakitangan Berpindah Tempat Bertugas Nama Jawatan Dari Ke Tarikh Lapor Diri Pn. Suferra Diness Kerani Akaun Cawangan Telupid Unit Kewangan dan Akaun, Ibu Pejabat 15 Julai 2019...

    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 > >> (16)

Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan Keningau. Disusuli oleh Wilayah Barat pada 23 Ogos 2017 bertempat di Cawangan Kota Marudu, Ibu Pejabat pada 28 Ogos 2017 dan Wilayah Timur pada 14 September 2017 bertempat di Cawangan Lahad Datu.

Hampir semua kakitangan telah menghadiri taklimat berkenaan yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) dan Penolong Pengarah Urusan (Perancangan). Selain taklimat, dialog dengan kakitangan juga telah diadakan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Urusan dan beberapa pegawai kanan YUM. Tujuan taklimat ini adalah memberi kefahaman dan penjelasan lanjut mengenai hala tuju YUM dalam tempoh 5 tahun akan datang (2016 - 2020). 

Tiga taklimat disampaikan iaitu Pelan Strategik YUM 2016 - 2020 disampaikan oleh Pengarah Urusan YUM En. Freddy Rantau, Pelan Operasi dan Kewangan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan (Perancangan) En. Roseli Sindong dan Pelan Pembangunan Usahawan oleh Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) En. Jayari Misuari. Manakala dialog dengan kakitangan dibuat untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak kakitangan lapangan.