Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • Program Pengarah Urusan Bersama Peminjam Bermasalah (531)

      2019-05-10 10:27:36

      Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu...

    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (2147)

      2019-04-04 11:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (9093)

      2018-08-08 16:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 > >> (14)

Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu inisiatif Pengurusan YUM khususnya Pengarah Urusan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh peminjam dan pada masa yang sama mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian.

Seramai 4 orang peminjam bermasalah telah hadir dalam pertemuan tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat YUM Cawangan Penampang. Turut hadir adalah En Andrew Richard, Penolong Pengarah Urusan (Operasi ), En Bindai Sandau, Pengurus Operasi ( Kutipan dan Kawalan Kredit ) dan En. Marcellus Limpat, Pengurus Cawangan Penampang. Semasa pertemuan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam, peminjam-peminjam telah memaklum kepada Pengarah Urusan masalah yang mereka hadapi dan punca-punca yang menyebabkan kegagalan mereka. Antaranya adalah :

  1. Masalah penghutang iaitu peminjam YUM telah membekalkan barangan jualan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Kota Kinabalu dan Ranau. Penghutang gagal menjelaskan hutang mereka dan ini mengakibatkan peminjam YUM mengalami masalah aliran tunai.
  2. Masalah ekonomi yang merundum dan persaingan khususnya mereka yang berniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu.
  3. Masalah kesihatan yang menyebabkan peminjam YUM tidak dapat menjalankan kegiatan sepenuh masa.
  4. Masalah modal kerja kerana peminjam telah menggunakan modal asal untuk memulakan kegiatan baru yang bersifat jangka panjang

Di akhir pertemuan ini, Pengarah Urusan telah mencadangkan beberapa kaedah penyelesaian yang boleh membantu para peminjam. Pada masa yang sama beliau meminta para peminjam untuk meneruskan perniagaan mereka walaupun dengan kekangan modal akibat beberapa keputusan silap yang mereka lakukan dalam pengendalian perniagaan mereka. Pengarah Urusan juga berharap para peminjam dapat memberikan komitmen penuh kepada keputusan penyelesaian yang dipersetujui. Beliau faham dalam perniagaan sentiasa ada kejayaan, cabaran dan kegagalan tetapi para peminjam berkenaan tidak harus berhenti mencari penyelesaian kerana jika mereka berputus asa maka matlamat YUM untuk membantu membangunkan ekonomi kumpulan sasar juga akan turut terjejas.