Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (5442)

      2018-08-08 08:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    • Taklimat Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 (12024)

      2017-11-15 01:14:17

      Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan...

    • Kursus Hasilan Kacang Soya Cawangan Keningau (14086)

      2017-10-09 06:32:53

      Industri pembuatan Makanan semakin berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun penglibatan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana khususnya usahawan bumiputera dalam bidang...

    << < 1 2 3 4 5 > >> (5)
  • Berita Semasa
    • Majlis Jasamu Dikenang (243)

      2019-02-14 08:00:37

      Majlis Jasamu Dikenang Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 08 Februari 2019 bertempat di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & SPA Kota Kinabalu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Yayasan...

    • Pelancaran Logo Baharu YUM (1084)

      2019-01-23 01:09:46

      Pelancaran Logo Baharu Yayasan Usaha Maju YUM akan menjangkau usia 25 tahun pada tahun 2020 sejak ianya diperbadankan pada tahun 1995. Oleh itu, adalah wajar dan tiba masanya agar YUM mempunyai...

    • Kakitangan Baharu (1271)

      2019-01-16 03:04:38

      Kakitangan Baharu Bil. Nama Jawatan Cawangan Tarikh Bertugas 1. Encik Recfcrn Brayon Ebin Penyelia Pinjaman Kota Marudu 3/9/2018 2. Encik Ryan Matahi Binsos Penyelia Pinjaman Pitas 3/9/2018 3. Encik Masboy Masag Penyelia...

    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 > >> (11)

Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 08 Februari 2019 bertempat di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & SPA Kota Kinabalu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Yayasan Usaha Maju (YUM) kepada Yang Berbahagia Datuk Pangeran Hassanel B. Datuk Pangeran Hj. Mohd. Tahir, Mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YUM bermula pada 01 Jun 2013 sehingga 31 Disember 2018 kerana telah memimpin YUM sebagai Pengerusi LPA YUM dengan baik.

Rekod perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam Negeri Sabah yang cemerlang akan menjadi aspirasi kepada kita semua.

Pihak YUM mendoakan agar Yang Berbahagia Datuk Pangeran Hassanel B. Datuk Pangeran Hj. Mohd. Tahir dikurniakan kesihatan yang baik, sejahtera dan umur yang panjang. 

PANTUN JASAMU DIKENANG

 

POHON SIRIH POHON SELASIH

TUMBUH MERIMBUN DI HUJUNG LAMAN

KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH

MENJADI KENANGAN SEPANJANG ZAMAN

 

AMBILKAN SAYA BUAH DELIMA

MASAK SEBIJI DIBALIK DAUN

BUDI DATUK YANG KAMI TERIMA

MENJADI KENANGAN BERTAHUN-TAHUN

 

KALAU ADA SUMUR DI LADANG

BOLEH KITA MENUMPANG MANDI

KALAU ADA UMUR YANG PANJANG

BOLEH KITA BERJUMPA LAGI

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelancaran Logo Baharu Yayasan Usaha Maju

YUM akan menjangkau usia 25 tahun pada tahun 2020 sejak ianya diperbadankan pada tahun 1995. Oleh itu, adalah wajar dan tiba masanya agar YUM mempunyai identiti baru bagi menggambarkan kematangan dan fungsinya dalam era sosio-ekonomi yang penuh dengan potensi dan cabaran pada hari ini. Ini juga untuk memastikan agar YUM sentiasa relevan dengan perubahan dan keperluan semasa stakeholder YUM. Sehubungan itu YUM telah melancarkan Logo Baharu pada 12 Januari 2019 bertempat di TH Hotel Kota Kinabalu yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Abu Bakar Hj. Abdul Latip Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) wakil kepada Yang Berbahagia Datuk Bahari Hj. Hassan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.

 

Makna Keseluruhan Logo:

Sebagai organisasi yang membantu dan memantau perkembangan usahawan mikro Sabah, Yayasan Usaha Maju (YUM) membantu golongan berpendapatan rendah menjadi usahawan. Dengan reka bentuk logo yang baharu, YUM dapat menjadi tumpuan golongan ini untuk terus maju. Nama Yayasan Usaha Maju yang dipamerkan dalam huruf besar dengan ketebalan berbeza adalah untuk memberi keyakinan bahawa organisasi ini dapat dijadikan pusat memdapatkan bantuan keusahawan serta khidmat nasihat yang sesuai bagi usahawan baharu dan usahawan mikro.

 

Makna Reka Bentuk Logo:

Bentuk pucuk pokok menggambarkan perkembangan usahawan mikro dengan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh YUM. Selain memberikan bantuan, YUM juga memantau keberkesanan bantuan untuk para usahawan agar perkembangan sejajar dengan keperluan industri.

 

Makna Warna Yang Digunakan:

Biru muda dipilih untuk bentuk anak pokok yang lebih besar menggambarkan perkembangan tekal bagi industri yang terlibat.

 

Hijau pucuk pisang digunakan untuk bentuk anak pokok yang lebih kecil menggambarkan perkembangan harmoni dan stabil usahawan baharu dan usahawan mikro dengan bimbingan daripada YUM.

 

 

 

 

Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah dilaksanakan dengan jaya pada 02 hingga 04 Disember 2018, bertempat Lintas Platinum Hotel, Kepayan, Putatan. Tiga objektif yang digariskan khusus untuk bengkel ini telah dicapai. Objektif-objektif tersebut adalah untuk menilai sejauh mana strategi-strategi yang dirancang dalam Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 sudah tercapai dan untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelan tersebut serta untuk mencari pendekatan terbaik bagaimana untuk mencapai Halatuju Strategik YUM untuk tempoh separuh penggal yang kedua. Majlis perasmian Bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju, YBhg. En. Freddy Rantau.

Sebanyak enam (6) Kertas Kerja telah dibentangkan yang merangkumi lima (5) teras utama Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020. Kertas Kerja Pertama dan Kertas Kerja ke-2, masing-masing bertajuk Laporan Pencapaian Separuh Penggal Pelaksanaan Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 dan Analisa Kedudukan Semasa dan Prospek Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah dibentangkan oleh En. Roseli Bin Sindong, Penolong Penagarah Urusan (Perancangan). Kertas Kerja yang ke-3 bertajuk Laporan Pencapaian Separuh Penggal Pelan Pembangunan Usahawan Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 pula telah disampaikan oleh En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan). Sementara Kertas Kerja ke-4 yang bertajuk Penilaian dan Pencapaian Strategi Kawalan Risiko Kredit: Isu dan Cabaran Pelaksanaan pada Separuh Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah diberikan oleh En. Bindai Sandau, Pengurus Operasi (Kutipan Dan Kawalan Kredit). Bagi Kertas Kerja ke-5 yang bertajuk Penilaian dan Pencapaian Strategi Sumber Manusia: Isu dan Cabaran Pelaksanaan pada Separuh Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020, kertas kerja ini telah dibentangkan oleh En. Airon Anthony Peter Kagut, Pengurus Pentadbiran Dan Perjawatan. Sementara Kertas Kerja ke-6, iaitu kertas kerja terakhir yang bertajuk Pelaksanaan Strategi-strategi Operasi: Isu dan Cabaran pada Separuh Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020, telah berjaya disampaikan oleh En. Andrew Richard, Penolong Pengarah Urusan (Operasi).

Bengkel dan Perbincangan Kumpulan menyusul selepas pembentangan kertas kerja-kertas kerja. Para peserta Bengkel telah dibahagikan kepada empat (4) Kumpulan Perbincangan. Iaitu Kumpulan Pengurusan, Kumpulan Wilayah Barat, Kumpulan Wilayah Pedalaman dan Kumpulan Wilayah Timur. Sesi Pembentangan hasil perbincangan kumpulan oleh wakil-wakil Kumpulan mengambil tempat selepas perbincangan. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Urusan, En. Abdul Hamid Sani.

Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 menerima kejutan sejurus ucapan perasmian penutupan bengkel oleh Pengarah Urusan, YBhg. En. Freddy Ranatu apabila Penolong Pengarah Urusan (Perancangan) menyampaikan pengumuman tiga buah cawangan terbaik yang telah mencapai prestasi yang cemerlang di dalam tempoh separuh penggal pertama Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020.   Cawangan-cawangan yang telah dipilih uutuk pemenang pada kali ini adalah Cawangan Ranau, Cawangan Keningau dan Cawangan Semporna yang masing-masing telah diumumkan berada di rangking atau kedudukan pertama, kedua dan ketiga. Ketiga-tiga Cawangan telah menerima sumbangan tunai yang masing-masing berjumlah RM1,000.00, RM800.00 dan RM500.00. Hadiah-hadiah penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, En. Freddy Rantau.

Kakitangan Baharu

Bil. Nama Jawatan Cawangan Tarikh Bertugas
1. Encik Recfcrn Brayon Ebin Penyelia Pinjaman Kota Marudu 3/9/2018
2. Encik Ryan Matahi Binsos Penyelia Pinjaman Pitas 3/9/2018
3. Encik Masboy Masag Penyelia Pinjaman Nabawan 3/9/2018
4. Encik Mohd. Nur Azwan Bin Abdul Jip Penyelia Pinjaman Semporna 3/9/2018
5. Encik Azman Bin Mohd. Yatim Pemandu Wilayah Timur 3/9/2018

 

Pelatih Penyelia Pinjaman

Bil Nama Jawatan Cawangan Tarikh Lapor Diri
1. Encik Sharul Nizam Bin Mastun Penyelia Pinjaman Kota Belud 2/1/2019
2. Encik Mohd. Zulfiqar Bin Ibrahim Penyelia Pinjaman Keningau 2/1/2019
3. Cik Yasmin Hazirah bt. Ailey Penyelia Pinjaman Tenom 2/1/2019
4. Puan Nor Hanisa Bt. Kuruseng Penyelia Pinjaman Tawau 2/1/2019
5. Encik Jasrey Jeppri Penyelia Pinjaman Kinabatangan 2/1/2019

YUM telah menganjurkan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Cocoa Innovative and Technology Centre, Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.  Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 17 hingga 18 Disember 2018 bertempat di Kolej Vokesional, Keningau.  Seramai 15 orang usahawan daripada Blok Sook telah menyertai kursus tersebut.

Antara objektif kursus ialah:

1. Memperkenalkan pengetahuan asas berhubung teknik pemprosesan coklat yang betul.

2. Memperkenalkan potensi industri coklat di Malaysia dan kaedah pemasaran coklat.

3. Melahirkan usahawan coklat buatan tangan.

4. Mempromosi perusahaan coklat buatan tangan sebagai medium untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Topik-topik kursus yang disampaikan adalah seperti berikut:

1. Senario dan Potensi Industri Coklat Buatan Tangan

2. Teknologi Pemprosesan dan Pengeluran Coklat

3. Teknik Mencairkan dan Proses Tempering Coklat

Selain daripada itu pada peserta juga telah didedahkan secara amali Pembuatan Coklat Beracuan (Moulding), Penyediaan Kelongsong Coklat "Shell" berinti Peanut Butter, Coklat Salutan 'Dakar", Coklat "Splitter Truffles", Coklat Salutan "LoyChoc" berserta Hiasan Beracuan.  Manakala diakhir kursus tersebut sesi perbincangan telah dilakukan bersama tenaga pengajar/penceramah dan para peserta kursus.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).