Informasi Terkini

Bengkel Pelaksanaan Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 telah diadakan pada 25 hingga 26 April 2017 bertempat di Hotel Shangri La, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.  Seramai 45 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pengurus Cawangan.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Unit Latihan yang diketuai oleh Pn. April Susan Roland iaitu Pengurus Latihan.

Objektif bengkel ini diadakan adalah sebagai panduan dan tindakan sistematik ke arah mencapai pembangunan Yayasan Usaha Maju yang lebih baik berbanding pencapaian sebelumnya.

Pada hari pertama, En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM memulakan sesi pembentangan dengan membentangkan Pelan Strategik YUM 2016 - 2020, seterusnya pembentangan Pelan Operasi dan Kewangan YUM 2016 - 2020 oleh En. Roseli Sindong, Penolong Pengarah (Perancangan) dan akhir sekali pembentangan Pelan Pembangunan Usahawan YUM 2016 - 2020 oleh En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan).

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Sijil Penarafan Bintang Cawangan turut diadakan pada malam 24 April 2017 manakala majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM pada 26 April 2017.