Informasi Terkini

Yayasan Usaha Maju telah mengadakan Konvensyen Ketua-Ketua Pusat Ke-2 pada 26-28 November 2017 bertempat di Sanbay Hotel Sandakan.  Konvensyen ini diadakan bagi mengukuhkan persefahaman dan solidariti kesatuan ahli-ahli YUM bagi membolehkan mereka mendapani isu dan cabaran semasa atau melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk kebaikan bersama.  Meningkatkan peranan dan keberkesanan Pusat kearah transformasi ahli-ahli YUM menjadi Usahawan Yang Berjaya dan Berpendapatan Tinggi sebagai platform utama kepada ahli-ahli dan Pihak Pengurusan YUM membincangkan isu-isu utama kearah perancangan masa depan YUM yang lebih cemerlang.

Sebanyak 4 (empat) kertas kerja telah dibentangkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan YUM dan 1 (satu) Ceramah Khas yang bertajuk "Wanita dan Keusahawanan Di Negeri Sabah: Potensi Dan Cabaran"  disampaikan oleh YBhg. Datuk Hajah Khatijah Datu Bactiyal selaku pengerusi IKSnita Sabah pada konvensyen berkenaan.

Seramai 100 orang peserta (Ahli YUM) dari seluruh Cawangan Yayasan Usaha Maju di Negeri Sabah menghadiri konvensyen ini.