Informasi Terkini

Majlis Pelancaran Skim Pinjaman Usahawan Yayasan Usaha Maju diadakan bagi mempergiatkan usaha-usaha pembangunan Usahawan Mikro Wanita di Negeri Sabah melalui pelaksanaan produk pinjaman baru iaitu Skim Pinjaman Usahawan (SPU) Yayasan Usaha Maju dan seterusnya mengukuhkan peranan dan komitmen YUM kearah merealisasikan dan menjayakan agenda Pembangunan Usahawan Bumiputera di Negeri Sabah.

Majlis pelancaran ini telah diadakan pada 29 November 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah. Dalam ucapannya, YAB Ketua Menteri menggesa agar YUM sentiasa meningkatkan keupayaan dan kualiti penyampaian perkhidmatannya untuk memastikan kejayaan.

Sempena dengan Majlis Pelancaran Skim Pinjaman Usahawan ini, YUM telah menyerahkan Pinjaman Usahawan sebanyak RM1.113 juta kepada 35 orang peminjam daripada 11 cawangan YUM di seluruh Negeri Sabah iaitu Cawangan Sandakan, Kinabatangan, Telupid, Beluran, Semporna, Lahad Datu, Tuaran, Kota Marudu, Papar, Kudat dan Sipitang.

Selain penyerahan Sijil Pinjaman Usahawan, YUM juga memberikan 2 (dua) Anugerah Khas Usahawan YUM sebagai insentif dan dorongan kepada Usahawan YUM untuk terus Berjaya dalam bidang perusahaan masing-masing.