Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (3215)

      2018-08-08 08:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    • Taklimat Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 (9562)

      2017-11-15 01:14:17

      Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan...

    • Kursus Hasilan Kacang Soya Cawangan Keningau (11455)

      2017-10-09 06:32:53

      Industri pembuatan Makanan semakin berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun penglibatan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana khususnya usahawan bumiputera dalam bidang...

    << < 1 2 3 4 5 > >> (5)
  • Berita Semasa
    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >> (9)

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad Ke-18 telah diadakan pada 02 Ogos 2018 bermula pada jam 09.00 pagi di Palace Hotel, Kota Kinabalu.

Antara agenda MAT KO-YUM Sabah Berhad bagi tahun 2018 adalah:

1.  Melantik suatu jawatankuasa terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga termasuk pengerusi untuk menentusah draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan,

2.  Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2016/2017 yang bertarikh 24 Julai 2017,

3.  Menimbang Laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun teraudit dan laporan Lembaga Koperasi ini,

4.  Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi jika ada, Cadangan-cadangan Pembahagian Keuntungan dan Laporan Juruaudit Koperasi,

     a.  Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang.

     b.  Menimbang dan meluluskan pembayaran Honorarium sebanyak RM300.00 kepada ALK.

     c.  Menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan dividen ke atas yuran.

     d.  Menimbang dan meluluskan Had Maksima Keberhutangan Koperasi.

5.  Membincang dan meluluskan usul/cadangan, dan

6.  Memilih 3 anggota Lembaga.

MAT KO-YUM Sabah Berhad kali ini telah dihadiri oleh anggota seramai 85 orang dan mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.