Informasi Terkini

Kursus Pemasaran Digital telah diadakan selama sehari iaitu pada 13 September 2018 bertempat di Bilik Seminar Dewan Seri Panglima Haji Mohd. Dun Banir @ Dewan Baru Beaufort.  Kursus ini dianjurkan oleh YUM dengan kerjasama VL Tech Services.

Penceramah kursus iaitu En. Awang Amdan SM Darus @ Coach Aggy telah menyampaikan topik-topik seperti berikut:

-  Pengenalan Kepada Dunia Digital

-  Facebook Untuk Perniagaan

-  Instagram Untuk Perniagaan

-  Copywriting (Ayat-ayat Jualan)

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 66 orang usahawan daripada Cawangan Beaufort manakala penutupan dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).