Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (609)

      2019-04-04 03:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (7433)

      2018-08-08 08:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    • Taklimat Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 (14052)

      2017-11-15 01:14:17

      Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 > >> (13)

YUM telah menyertai gerai pameran dan jualan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI).  Sambutan tersebut telah diadakan pada 28 hingga 30 September 2018 iaitu selama 3 hari di Padang Bandaran, Tawau.

YB Dato' Haji Jaujan Haji Sambakong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah merasmikan sambutan tersebut pada 29 September 2018.

Beberapa aktiviti telah dijalankan digerai YUM seperti mempromosi produk pinjaman YUM, produk-produk usahawan iaitu produk yang diperbuat daripada pokok gaharu dan juga benih pokok gaharu manakala keropok yang dihasilkan menggunakan rumpai laut.  Dua orang usahawan daripada Cawangan Tawau telah turut serta dalam pameran tersebut iaitu Puan Seriwati Mokhtar dan Puan Jeminah Abdullah.  Selain daripada itu peraduan meneka berat buah juga telah dijalankan untuk memeriahkan lagi gerai tersebut.