Informasi Terkini

YUM dengan kerjasama Syarikat Agrovet Citra Trading telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rumah Burung Walit dan Amalan Penternakan Burung Walit Yang Baik (MyGAP) kepada seramai 60 orang usahawan daripada Cawangan Keningau.  Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 10 hingga 11 Oktober 2018 di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau.

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Samuil Mopun dengan topik-topik berikut:

1. Pengenalan dan Potensi Penternakan Burung Walit serta pasaran Burung Walit.

2. Garis Panduan Penternakan Burung Walit.

3. Pengenalan kepada Peralatan Sistem Pemanggil Suara Burung Walit serta Teknik Pemasangan yang betul.

4. Reka Bentuk Rumah Burung Walit dan keperluannya.

5. Kawalan Musuh Burung Walit dan Kualiti Sarang Burung Walit melalui Pensijilan MyGAP.

6. Pengenalan dan Program ID Premis Walit.

Selain daripada itu para peserta juga telah dibawa melawat Rumah Burung Walit Biotech Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Abdul Hamid Sani, Timbalan Pengarah Urusan YUM.