Informasi Terkini

YUM dengan kerjasama Syarikat Tasek Emas Enterprise telah menganjurkan Kursus Pemprosesan Hasilan Sos dan Minuman Buah-buahan kepada seramai 30 orang usahawan daripada Cawangan Tambunan.  Kursus ini telah dadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 17 hingga 18 Oktober 2018 di Kilang Pemborong Mangkap Enterprise Sdn. Bhd, Kampung Botung, Tambunan.

Topik-topik kursus yang telah disampaikan oleh wakil daripada MARDI Negeri Sabah ialah seperti berikut:

1.  Pemprosesan Sos Nenas Cili

2.  Pemprosesan Sos Cili Buah

3.  Pemprosesan Minuman Buah

4.  Pemprosesan Kordial Buah

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).