Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (4320)

      2018-08-08 08:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    • Taklimat Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 (10807)

      2017-11-15 01:14:17

      Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan...

    • Kursus Hasilan Kacang Soya Cawangan Keningau (12779)

      2017-10-09 06:32:53

      Industri pembuatan Makanan semakin berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun penglibatan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana khususnya usahawan bumiputera dalam bidang...

    << < 1 2 3 4 5 > >> (5)
  • Berita Semasa
    • Kakitangan Baharu (97)

      2019-01-16 03:04:38

      Kakitangan Baharu Bil. Nama Jawatan Cawangan Tarikh Bertugas 1. Encik Recfcrn Brayon Ebin Penyelia Pinjaman Kota Marudu 3/9/2018 2. Encik Ryan Matahi Binsos Penyelia Pinjaman Pitas 3/9/2018 3. Encik Masboy Masag Penyelia...

    • Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 - 2020 (687)

      2018-12-28 08:22:58

      Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah dilaksanakan dengan jaya pada 02 hingga 04 Disember 2018, bertempat Lintas Platinum Hotel, Kepayan, Putatan. Tiga...

    • KURSUS ASAS PEMBANGUNAN USAHAWAN COKLAT BUATAN TANGAN (810)

      2018-12-24 04:26:36

      YUM telah menganjurkan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Cocoa Innovative and Technology Centre, Kawasan...

    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> (10)

Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah dilaksanakan dengan jaya pada 02 hingga 04 Disember 2018, bertempat Lintas Platinum Hotel, Kepayan, Putatan. Tiga objektif yang digariskan khusus untuk bengkel ini telah dicapai. Objektif-objektif tersebut adalah untuk menilai sejauh mana strategi-strategi yang dirancang dalam Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 sudah tercapai dan untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelan tersebut serta untuk mencari pendekatan terbaik bagaimana untuk mencapai Halatuju Strategik YUM untuk tempoh separuh penggal yang kedua. Majlis perasmian Bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju, YBhg. En. Freddy Rantau.

Sebanyak enam (6) Kertas Kerja telah dibentangkan yang merangkumi lima (5) teras utama Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020. Kertas Kerja Pertama dan Kertas Kerja ke-2, masing-masing bertajuk Laporan Pencapaian Separuh Penggal Pelaksanaan Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 dan Analisa Kedudukan Semasa dan Prospek Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah dibentangkan oleh En. Roseli Bin Sindong, Penolong Penagarah Urusan (Perancangan). Kertas Kerja yang ke-3 bertajuk Laporan Pencapaian Separuh Penggal Pelan Pembangunan Usahawan Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 pula telah disampaikan oleh En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan). Sementara Kertas Kerja ke-4 yang bertajuk Penilaian dan Pencapaian Strategi Kawalan Risiko Kredit: Isu dan Cabaran Pelaksanaan pada Separuh Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 telah diberikan oleh En. Bindai Sandau, Pengurus Operasi (Kutipan Dan Kawalan Kredit). Bagi Kertas Kerja ke-5 yang bertajuk Penilaian dan Pencapaian Strategi Sumber Manusia: Isu dan Cabaran Pelaksanaan pada Separuh Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020, kertas kerja ini telah dibentangkan oleh En. Airon Anthony Peter Kagut, Pengurus Pentadbiran Dan Perjawatan. Sementara Kertas Kerja ke-6, iaitu kertas kerja terakhir yang bertajuk Pelaksanaan Strategi-strategi Operasi: Isu dan Cabaran pada Separuh Penggal Kedua Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020, telah berjaya disampaikan oleh En. Andrew Richard, Penolong Pengarah Urusan (Operasi).

Bengkel dan Perbincangan Kumpulan menyusul selepas pembentangan kertas kerja-kertas kerja. Para peserta Bengkel telah dibahagikan kepada empat (4) Kumpulan Perbincangan. Iaitu Kumpulan Pengurusan, Kumpulan Wilayah Barat, Kumpulan Wilayah Pedalaman dan Kumpulan Wilayah Timur. Sesi Pembentangan hasil perbincangan kumpulan oleh wakil-wakil Kumpulan mengambil tempat selepas perbincangan. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Urusan, En. Abdul Hamid Sani.

Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020 menerima kejutan sejurus ucapan perasmian penutupan bengkel oleh Pengarah Urusan, YBhg. En. Freddy Ranatu apabila Penolong Pengarah Urusan (Perancangan) menyampaikan pengumuman tiga buah cawangan terbaik yang telah mencapai prestasi yang cemerlang di dalam tempoh separuh penggal pertama Pelan Strategik Yayasan Usaha Maju 2016 – 2020.   Cawangan-cawangan yang telah dipilih uutuk pemenang pada kali ini adalah Cawangan Ranau, Cawangan Keningau dan Cawangan Semporna yang masing-masing telah diumumkan berada di rangking atau kedudukan pertama, kedua dan ketiga. Ketiga-tiga Cawangan telah menerima sumbangan tunai yang masing-masing berjumlah RM1,000.00, RM800.00 dan RM500.00. Hadiah-hadiah penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, En. Freddy Rantau.