Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • Program Pengarah Urusan Bersama Peminjam Bermasalah (15822)

      2019-05-10 10:27:36

      Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu...

    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (19548)

      2019-04-04 11:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (25894)

      2018-08-08 16:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    • MAJLIS HARI KELUARGA AHLI CAWANGAN BEAUFORT (3039)

      2020-03-17 15:53:48

      Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Beaufort dengan kerjasama YUM Cawangan Beaufort telah bersama-sama menjayakan Majlis Hari Keluarga Ahli YUM Cawangan Beaufort...

    • Menziarahi keluarga mendiang Lagiman @ Welfred Muda (3490)

      2020-03-04 15:02:20

      Menziarahi keluarga mendiang Lagiman @ Welfred Muda Pada 06 Februari 2020, rombongan dari Ibu Pejabat yang diketuai oleh Pengarah Urusan Encik Freddy Rantau bersama Timbalan Pengarah Urusan Encik Abdul...

    • Taklimat ICT dan Gantian Cuti Rehat (GCR) (3504)

      2020-03-04 14:40:52

      Taklimat ICT dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Bil Wilayah/Cawangan Tarikh Tempat 1. Wilayah Utara 1. Cawangan Kota Marudu 2. Cawangan Pitas 3. Cawangan Kudat 4. Cawangan Kota Belud 5. Cawangan Tuaran...

    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 > >> (23)

YUM dengan kerjasama Majuin Tailor telah menganjurkan Kursus Menjahit Baju Kurung Moden dan Skirt kepada seramai 25 orang usahawan YUM daripada Cawangan Keningau.  Kursus ini telah diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 19 hingga 21 Jun 2019 di Pejabat Yayasan Usaha Maju Cawangan Keningau.

Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang memberi pendekatan pembelajaran sepenuhnya praktikal dan penekanan secara individu.  Para peserta telah diajar teknik menderaf pola baju kurung moden dan skirt, mengambil ukuran badan, merajah asas pakaian, memotong dan menjahit pakaian dan teknik mengemas jahitan.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) yang turut dihadiri oleh Haji Rabidin Damit, Pengurus Cawangan Keningau.