Informasi Terkini

En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah pada 14 November 2019 di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Pertemuan ini juga telah disertai oleh pegawai-pegawai kanan dan Anggota Majlis Perwakilan Ahli YUM.

Di antara perkara yang dibincangkan adalah perkembangan semasa YUM khususnya perancangan ke arah pembangunan usahawan wanita.

Selain itu, pihak pengurusan dan MPA YUM dapat bersuai kenal dengan YB seterusnya ingin mendapat pandangan, nasihat dan sokongan ke arah meningkatkan peranan YUM dalam usaha pembasmian kemiskinan dan pembangunan usahawan wanita di negeri Sabah.

KELIHATAN DALAM GAMBAR ADALAH SESI PERTEMUAN DENGAN YB DSP WILFRED MADIUS TANGAU DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH EN. FREDDY RANTAU