Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • Program Pengarah Urusan Bersama Peminjam Bermasalah (15431)

      2019-05-10 10:27:36

      Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu...

    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (19090)

      2019-04-04 11:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    • KURSUS PENTADBIR PUSAT

      KURSUS PENTADBIR PUSAT (25419)

      2018-08-08 16:57:41

      Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    • MAJLIS HARI KELUARGA AHLI CAWANGAN BEAUFORT (2568)

      2020-03-17 15:53:48

      Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Beaufort dengan kerjasama YUM Cawangan Beaufort telah bersama-sama menjayakan Majlis Hari Keluarga Ahli YUM Cawangan Beaufort...

    • Menziarahi keluarga mendiang Lagiman @ Welfred Muda (3042)

      2020-03-04 15:02:20

      Menziarahi keluarga mendiang Lagiman @ Welfred Muda Pada 06 Februari 2020, rombongan dari Ibu Pejabat yang diketuai oleh Pengarah Urusan Encik Freddy Rantau bersama Timbalan Pengarah Urusan Encik Abdul...

    • Taklimat ICT dan Gantian Cuti Rehat (GCR) (3038)

      2020-03-04 14:40:52

      Taklimat ICT dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Bil Wilayah/Cawangan Tarikh Tempat 1. Wilayah Utara 1. Cawangan Kota Marudu 2. Cawangan Pitas 3. Cawangan Kudat 4. Cawangan Kota Belud 5. Cawangan Tuaran...

    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 > >> (23)

YUM melakar sejarah baharu tersendiri dalam penyertaan di KSMOF apabila muncul juara keseluruhan KSMOF edisi ke-10 pada tahun 2019.  Sebanyak 14 buah pasukan (Jabatan/Agensi di bawah MOF) telah menyertai KSMOF dalam edisi kali ini.  Pengumuman rasmi kemenangan YUM dan penyampaian Piala Pusingan KSMOF Menteri Kewangan kepada YUM telah disempurnakan oleh YB Tuan Kenny Chua, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah semasa Gala Night KSMOF 2019 pada 24 November 2019, iaitu majlis makan malam khusus bagi meraikan para atlet dan pegawai-pegawai Sukan dan semua yang terlibat di dalam KSMOF pada kali ini, di Hilton Hotel Kota Kinabalu. Kejayaan YUM ini juga telah berjaya memecah dominasi pasukan-pasukan lain,  terutama Pasukan MOF.

Nama dan reputasi pencapaian YUM dalam sukan di peringkat Kementerian Kewangan Negeri Sabah kini mekar di setiap jabatan dan agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Piala Pusingan KSMOF akan berada dalam simpanan YUM sehingga penganjuran KSMOF seterusnya iaitu pada tahun 2022.  Semoga ‘Semangat Pasukan YUM’ akan terus bersinar di dalam KSMOF seterusnya demi untuk misi mempertahankan kejuaraan dan Piala Pusingan yang dimenangi.

RINGKASAN PENCAPAIAN PASUKAN YUM DALAM KSMOF KALI KE-10 TAHUN 2019

 BIL. SUKAN PENCAPAIAN 
1 TEN PIN BOWLING TEMPAT KELIMA
KAROM PERINGKAT KUMPULAN
DART SUKU AKHIR
4 BADMINTON PINGAT EMAS
5 FUTSAL LELAKI PINGAT EMAS
6 FUTSAL WANITA SUKU AKHIR
7 BOLA TAMPAR PINGAT EMAS
8 PING PONG TEMPAT KEEMPAT
9 SUKANEKA TEMPAT KEDUA