Informasi Terkini

YUM akan mengadakan Pelancaran Majlis "Soft Launching" Jubli Perak pada 9 Januari 2020 bertempat di Shangri-La's Tanjung Aru Resort & SPA, Kota Kinabalu.  Perasmian pelancaran akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Kaim Kalimin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.  Antara acara dalam majlis tersebut adalah Gimik Pelancaran Logo Jubli Perak YUM, Montage dan Lagu Rasmi YUM.

Sambutan Jubli Perak YUM akan berlangsung sepanjang tahun dengan pelbagai acara dan program di cawangan YUM yang akan bermula pada bulan Januari 2020.

Acara kemuncak Sambutan Jubli Perak akan diadakan pada 30 Jun 2020 yang dijangka akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah.