Informasi Terkini

Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Pitas yang diketuai oleh Pn. Kristina Gadion dengan kerjasama YUM Cawangan Pitas telah bersama-sama menjayakan Majlis Jamuan Makan Tengahari pada 12 Disember 2019 bertempat di Dewan Belia, Pitas.  Seramai lebih kurang 700 orang yang terdiri daripada ahli-ahli YUM, keluarga ahli serta kakitangan YUM telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik diantaranya ialah Persembahan Nyanyian, Pertandingan Ratu Fesyen Kanak-Kanak, Pertandingan Lagu Bebas Suami Ahli, Peraduan Meneka Biji Betik, Cabutan Bertuah, Pencarian King And Queen Bollywood, Penyampaian Anugerah Pusat Cemerlang dan Anugerah Pencapaian Akademik Anak-Anak Ahli.

En. Maklin Masiau, Pegawai Khas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut.  Antara tetamu yang turut menyerikan majlis tersebut ialah En. Sibil Uli, Pengurus Operasi Wilayah Utara, Cik Daisy Livinu, Pegawai Pembangunan (Program Khas), En. Bilson Robert Pasaribu, Pengurus Cawangan Pitas, En. Madusi Mangabun, Pegawai Pembangunan Masyarakat UPPM Pitas, En. Deus Amat mewakili Jabatan Pertanian Pitas dan En. Sabran Amang, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah UPPM Pitas.