Informasi Terkini

Pengenalan.

Pengurusan YUM telah bersetuju untuk melaksanakan kaedah pembayaran balik pinjaman menggunakan Kad Bank berkuatkuasa 1 September 2020. Kaedah ini memberi pilihan kepada ahli YUM untuk membayar menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit selain daripada tunai. Untuk tujuan itu semua kakitangan lapangan dan pejabat cawangan dibekalkan dengan Terminal EDC Bank CIMB. YUM mensasarkan 10% peminjamnya menggunakan kaedah ini pada tahun pertama perlaksanaan kaedah ini.

Kebaikan Penggunaan Kaedah ini :

  •  Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan pembayaran sebab tidak melibatkan wang tunai secara fizikal.
  •  Meningkatkan ketepatan pelaporan.
  •  Meningkatkan keselamatan wang kepada pembayar dan penerima.
  •  Memudahkan pemantauan.
  •  Mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

Jadual Taklimat

Bahagian Operasi telah mengadakan 5 siri taklimat kepada semua kakitangan Cawangan dan Ibu Pejabat tentang prosedur dan peraturan kaedah ini. Berikut adalah jadual taklimat yang telah diadakan :   

Bil

Tarikh

Tempat

Kakitangan Yang Terlibat

1

27/8/2020

Restoran Raihan, Kota Marudu

Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Pitas

2

3/9/2020

Hotel Royal Palm, Lahad Datu

Tawau,Lahad Datu, Semporna,

     

Sandakan, Kinabatangan, Telupid.

3

10/9/2020

Hotel Ujana Tang Dynasty ,Kota Kinabalu

Ranau, Penampang, Tuaran, Ibu Pejabat

4

15/9/2020

Dewan Arena Belia Beaufort

Beaufort, Papar, Kuala Penyu, Sipitang

5

17/9/2020

Bilik Mesyuarat  Cawangan Keningau

Keningau, Tambunan,Nabawan, Tenom.

             

Gambar

Kakitangan Cawangan Beaufort, Papar, Sipitang dan Kuala Penyu sedang mendengar taklimat yang diadakan di Dewan Arena Belia Beaufort.

 

PO John sedang memberi penjelasan penggunaan terminal EDC kepada kakitangan Cawangan Tenom, Keningau, Nabawan dan Tambunan di Bilik Mesyuarat Cawangan Keningau.

 

 Kakitangan Wilayah Utara yang menghadiri taklimat di Restoran Raihan 7, Kota Marudu.

 

En Hakim dari Syarikat GHL sedang memberi taklimat penggunaan terminal EDC kepada kakitangan Wilayah Timur.

 

En Hafiz dari Syarikat GHL sedang memberi penerangan penggunaan terminal EDC semasa taklimat di Hotel Tang Dynasty.