Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad (KO-YUM BHD) melalui Biro Sukan dan Rekresai telah mengadakan Pertandingan Bowling Tertutup YUM Tahun 2019 pada 12 April 2019 bertempat di CPS Bowl , Centre Points, Kota Kinabalu. Sebanyak 10 pasukan dari pelbagai unit di Ibu Pejabat dan kakitangan cawangan, telah menyertai pertandingan tersebut. Objektif utama pertandingan ialah bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan anggota KO-YUM BHD. Dalam masa yang sama, pertandingan ini juga merupakan " pemanas badan "  khasnya kepada wakli KO-YUM BHD yang bakal menyertai pertandingan CO-OP Bowling Sabah 2019 yang akan diadakan pada 20 April 2019.

Dalam pertandingan ini, johan kategori berpasukan dimenangi oleh pasukan Lanji-lanji (Bahagian Pembangunan) yang diwakili oleh Jayari Hj. Misuari, Hassan Ahmad, Arzin Olin, Melissa Annul dan Haisah Onching. Naib johan dimenangi pasukan Family Planning (Bahagian Perancangan), diwakili oleh Roseli Sindong, Aloysius Dalinsing, Norifah Roger, Kuirene Jacob dan Aman Shah, manakala tempat ketiga disandang pasukan Geng G12 (Cawangan Tuaran) yang diketuai oleh Robert Liam. Bagi kategori jatuhan pin terbanyak, lelaki diungguli oleh En. Roseli Sindong manakala wanita oleh Pn. Haisah Onching.

Perasmian pertandingan dan penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM merangkap Penasihat KO-YUM BHD.