Industri Sarang Burung Walit merupakan industri yang baru di negeri Sabah.  Walau bagaimanapun, industri ini kian mendapat sambutan dan perhatian yang meluas berikutan keluaran sarang burung walit negeri Sabah yang berkualiti tinggi berbanding dengan produk sama di negara lain.  Penternakan Burung Walit secara komersial bukan sahaja mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi turut berupaya menjadi salah satu produk industri hiliran yang berjaya.  Justeru itu, bagi membantu memperkasa industri burung walit di kalangan usahawan YUM, kursus keusahawanan sarang burung walit telah diadakan di Cawangan Semporna pada 12 hingga 13 April 2018 bertempat di Dewan Datuk Hj. Zainal Gunong, Kunak.

Seramai lebih kurang 60 orang usahawan YUM yang terdiri daripada pengusaha sarang burung walit dan yang berminat untuk menerokai bidang berkenaan telah mengikuti kursus tersebut.  Program ini dianjurkan dengan kerjasama syarikat Agrovet Citra Trading manakala perasmian dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).