Yayasan Usaha Maju menzahirkan sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah disertai oleh 145 orang pegawai dan kakitangan Yayasan Usaha Maju. Majlis ini telah diadakan pada 18 April 2018 bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Lafaz ikrar serta tandatangan IBR ini diketuai oleh YBhg. Encik Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju dan disaksikan oleh YBhg. Tuan Zulkefle Bin Abd. Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan, SPRM Negeri Sabah.