Industri pemprosesan makanan khususnya hasilan ikan berpotensi besar untuk diterokai secara komersial di kalangan usahawan YUM memandangkan tiada usahawan YUM yang mempunyai kilang memproses hasilan ikan sendiri untuk diketengahkan sebagai usahawan berjaya.

Sebilangan besar usahawan mikro YUM mengusahakan perniagaan ini secara sampingan dan tidak cenderung untuk mengembangkannya secara komersial kerana tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik tentang teknologi pemprosesan ikan.

Justeru itu, YUM dengan kerjasama syarikat Tasek Emas Enterprise telah menganjurkan Kursus Pemprosesan Hasilan Ikan pada 19 hingga 20 April 2018 bertempat di Kolej Komuniti, Sandakan.

Kursus ini telah dihadiri seramai 28 orang usahawan daripada YUM Cawangan Sandakan manakala perasmian dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran)