Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh pegawai serta kakitangan Yayasan Usaha Maju bagi Wilayah Timur telah diadakan pada 03 April 2018 bertempat di Restoran Aji Seafood Ala Thai Lahad Datu.

Seramai kira-kira 40 orang pegawai dan kakitangan dari setiap cawangan bagi Wilayah Timur telah melafaz IBR di hadapan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM dan Pengurus Operasi Wilayah Timur, Pn. Sahrini Sahat serta disaksikan oleh En. Wan Kamal Noor Izwan Bin Wan Kamaruddin, Ketua Cawangan, SPRM Cawangan Lahad Datu.