Pada 18 - 19 Julai 2018 iaitu selama 2 hari, YUM dengan kerjasama Tasek Emas Enterprise telah menganjurkan Kursus Teknologi Pemprosesan Hasilan Bakeri bertempat di Nurqis Trading, Kg. Rampaian Laut, Kota Belud.

Seramai 30 orang usahawan daripada Cawangan Kota Belud telah didedahkan dengan pembuatan 9 jenis bun pelbagai rasa dan bentuk.  Selain daripada itu, para peserta juga telah diajar cara-cara membuat kek kukus.

Penutupan kursus telah dilakukan oleh Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta kursus.