YUM dengan kerjasama Tasek Emas Enterprise telah menganjurkan Kursus Teknologi Pemprosesan Hasilan Ikan selama 2 hari bermula pada 25 - 26 Julai 2018 di Noormas Enterprise, Batu 5, Jalan Kongsi 8, Tawau.

Seramai 30 orang usahawan daripada Cawangan Tawau telah menyertai kursus tersebut yakni para peserta telah didedahkan dengan cara-cara memproses isi ikan untuk dijadikan bebola ikan, kek ikan dan keropok lekor.

Perasmian dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).