Pengarah Urusan YUM telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Cemerlang pada 10 September 2013 hingga 11 Disember 2013 bertujuan meninjau secara dekat keadaan sebenar di lapangan dan mendapatkan maklumbalas Ahli Pusat sejajar dengan konsep turun padang dan merakyatkan perkhidmatan Yayasan Usaha Maju (YUM).  Sebanyak sepuluh buah Pusat telah dilawati iaitu Ansip Keningau, Pekan 3 Tambunan, Tondulu Tambunan, Muanad 3 Beluran, Rancangan Khas 2 Beaufort, Batu Puteh Kinabatangan, Minurod Kota Marudu, Lakos Pitas, Kapa Tamparuli/ Tuaran, dan Izzati Bistari Tungku, Lahad Datu. Pusat-pusat ini ditubuhkan pada seawal tahun 1990 hingga tahun 2010.

Laporan penuh boleh dimuat turun di sini | MUAT TURUN PDF