Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad (KO-YUM BHD) dengam kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah menganjurkan Kempen Derma Darah.

Program ini telah diadakan pada 08 Julai 2019 yang berlangsung dari jam 08.30 pagi hingga 01.00 petang bertempat di ruang legar Wisma Pertanian Sabah.  Program ini mendapat sambutan dan melebihi sasaran dengan jumlah pendaftaran seramai 39 orang namun 11 orang daripada jumlah tersebut tidak layak menderma atas faktor kesihatan yakni kempen kali ini berjaya mengumpul sebanyak 28 pain darah.

Seramai 7 orang kakitangan dari Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah datang untuk bertugas bagi menjayakan kempen ini.  Program tersebut diketuai oleh Dr. Dinesh Parakash, Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Tujuan kempen ini adalah untuk membantu masalah kekurangan darah dalam tabung darah di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu disamping dapat memupuk sifat penyayang dan saling tolong menolong.

KO-YUM BHD merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma.