YUM dengan kerjasama IXCHEL Corporation (M) Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan pada 15 hingga 17 April 2019 iaitu selama 3 hari bertempat di Hotel Shangri-La, Bandaran Kota Kinabalu.  Seramai 50 orang ahli daripada seluruh cawangan YUM telah menghadiri kursus tersebut yang telah disampaikan oleh Dr. Suraya Hanim Binti Mokhtar, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu, Sarawak.

Objektif kursus adalah memberi pendedahan ilmu pengurusan kewangan perniagaan melalui kaedah penggunaan Perisian BizTunai yakni para peserta akan dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan perekodan maklumat kewangan yang lebih sistematik dan efisyen.

Antara topik yang disampaikan adalah seperti berikut:

1. BizTunai Installation

2. Konsep Hasil, Kos dan Belanja

3. Aplikasi BizTunai (Modal Hasil/Sales, Cost of Goods Sold dan Belanja)

4. Memahami Penyata Kewangan

5. Aplikasi BizTunai (Modul Penyata Aliran Tunai/Penyata Pendapatan)

6. Aplikasi BizTunai(Modul Gaji/Bil)

7. Aplikasi BizTunai (Modul Database-Pelanggan/Pembekal)

8.Pengurusan Pinjaman

9.Pengurusan Pendapatan

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM yang turut dihadiri oleh En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) dan En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).  Pengarah Urusan memohon kerjasama dan meminta agar usahawan YUM menggunakan perisian BizTunai yang diberikan semasa kursus.

 

Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad (KO-YUM BHD) melalui Biro Sukan dan Rekresai telah mengadakan Pertandingan Bowling Tertutup YUM Tahun 2019 pada 12 April 2019 bertempat di CPS Bowl , Centre Points, Kota Kinabalu. Sebanyak 10 pasukan dari pelbagai unit di Ibu Pejabat dan kakitangan cawangan, telah menyertai pertandingan tersebut. Objektif utama pertandingan ialah bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan anggota KO-YUM BHD. Dalam masa yang sama, pertandingan ini juga merupakan " pemanas badan "  khasnya kepada wakli KO-YUM BHD yang bakal menyertai pertandingan CO-OP Bowling Sabah 2019 yang akan diadakan pada 20 April 2019.

Dalam pertandingan ini, johan kategori berpasukan dimenangi oleh pasukan Lanji-lanji (Bahagian Pembangunan) yang diwakili oleh Jayari Hj. Misuari, Hassan Ahmad, Arzin Olin, Melissa Annul dan Haisah Onching. Naib johan dimenangi pasukan Family Planning (Bahagian Perancangan), diwakili oleh Roseli Sindong, Aloysius Dalinsing, Norifah Roger, Kuirene Jacob dan Aman Shah, manakala tempat ketiga disandang pasukan Geng G12 (Cawangan Tuaran) yang diketuai oleh Robert Liam. Bagi kategori jatuhan pin terbanyak, lelaki diungguli oleh En. Roseli Sindong manakala wanita oleh Pn. Haisah Onching.

Perasmian pertandingan dan penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM merangkap Penasihat KO-YUM BHD.

 

 

YUM telah menyertai Pameran Dan Jualan sempena Festival Beaufort 2019 pada 05 hingga 07 April 2019 iaitu selama 3 hari.  Program ini telah diadakan di Dataran Bagandang, Beaufort yang telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Beaufort.

Sebanyak 45 gerai pameran dan jualan telah menyertai pameran tersebut yakni seramai 12 orang usahawan daripada Cawangan Beaufort telah turut serta mempamer dan menjual produk-produk mereka seperti buku novel, kraftangan, kerepek kering, sambal lada, kek, bun dan ulat rumbia @butod.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, TImbalan Perdana Menteri Malaysia pada 06 April 2019.

 

Kakitangan Baharu
Bil Nama Jawatan Penempatan
Tarikh Lapor

Diri

1. Abdul Aziz Bin Abdul Manaf Pembantu Pejabat Unit Pentadbiran dan Perjawatan 1/4/2019
2. Mark Lawrence Frank Pemandu Bahagian Operasi 1/4/2019
3. Aman Shah Bin Sairan Pemandu Bahagian Perancangan 1/4/2019

 

Perpindahan Kakitangan
Bil Nama Jawatan Dari Ke
Tarikh Lapor

Diri

1. Zakiron Kulim Pengurus Cawangan Lahad Datu Kota Marudu 15/4/2019
2. Isa Tarmizan Tarmin Penyelia Pinjaman Pitas Penampang 15/4/2019

 

Nama Wilayah Baharu YUM

Bil Nama Wilayah Pengurus Cawangan Pengurus Operasi
1.
Cawangan Pitas
Cawangan Kota Marudu
Cawangan Kudat
Cawangan Kota Belud
Cawangan Tuaran
En. Bilson Robert Pasaribu
En. Zakiron Kulim
En. Nobeen Manggong
En. Jasni Sanggul
Pn. Regina Queck
En. Sibil Uli
2.
Cawangan Penampang
Cawangan Papar
Cawangan Ranau
Cawangan Tambunan
Cawangan Telupid 
En. Marcellus Limpat
Cik Noor Yaneh Mohd. Lair
En. Henry Samat
En. Komilus Sipat
En. Mauris Terance
En. Polimun Tinsuk

YUM telah menyertai pameran sempena Festival Industri Kecil Sabah Tongod 2019 pada 27 hingga 28 Mac 2019.  Program ini telah diadakan di Dewan Terbuka, Dataran Tongod yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan dibawah Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian Sabah.

Sebanyak 160 gerai pameran produk-produk tempatan daripada seluruh Sabah telah menyertai pameran tersebut.  Beberapa buah Jabatan/Agensi Kerajaan juga telah turut serta membuka kaunter untuk menyalur maklumat mengenai Jabatan/Agensi masing-masing kepada orang ramai di daerah Tongod.  Penganjur juga telah mengadakan beberapa aktiviti seperti perkongsian pengalaman perniagaan daripada beberapa usahawan yang telah berjaya seperti Industri Penanaman Lada Hitam oleh Puan Zita Bolingkon, Industri Burung Walit oleh En. Jontiri Koyolo dan Penternakan Madu Kelulut oleh En. Anick Jinius.  Selain daripada itu aktiviti seperti persembahan nyanyian oleh artis tempatan, tarian kebudayaan, pertandingan karaoke dan cabutan tiket bertuah turut diadakan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB DSP Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah pada 28 Mac 2019.  Semasa lawatan gerai beliau sempat berkunjung ke gerai pameran YUM sambil diberi penerangan ringkas mengenai perkembangan YUM di Cawangan Telupid dan Tongod.