Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh pegawai serta kakitangan Yayasan Usaha Maju bagi Wilayah Pedalaman telah diadakan pada 23 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengurus Operasi Wilayah Pedalaman.

Seramai kira-kira 41 orang pegawai dan kakitangan dari setiap cawangan bagi Wilayah Pedalaman telah melafaz IBR di hadapan Pengurus Operasi Wilayah Pedalaman, En. Constantine Michael dan disaksikan oleh Pn. Suriati Binti Sukardi, Ketua Cawangan SPRM, Cawangan Keningau.