YUM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rumah Burung Walit Dan Amalan Penternakan Burung Walit Yang Baik kepada usahawan YUM di Cawangan Beluran. Kursus ini telah diadakan pada 26 hingga 27 April 2018 di Dewan Koperasi Pembangunan Tanah Sungai Matanggar, Beluran.

Seramai 61 orang usahawan YUM telah menyertai kursus berkenaan yang telah dikendalikan oleh Syarikat Agrovet Citra Trading manakala perasmian penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM yang turut dihadiri oleh En. Jayari Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan), En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) dan En. Jus Tukung, Pengurus Cawangan Beluran.