YUM telah berpeluang mengadakan pameran dan kaunter perkhidmatan sempena Majlis Penutupan Program Sosio-Ekonomi ESSCOM dengan kerjasama pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah pada 14 Ogos 2020 di Dewan Masyarakat, Sandakan di mana para peserta boleh mendapatkan maklumat mengenai YUM serta skim-skim pinjaman yang ditawarkan.

Beberapa buah jabatan/ agensi kerajaan turut serta dalam mengadakan pameran dan perkhidmatan kaunter untuk memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat mengenai jabatan/ agensi masing-masing.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Zainudin bin Aman, Pengarah JPSM Sabah. Acara kemuncak pada majlis ini ialah acara memeterai MOU di antara ESSCOM dan JPSM Sabah.

Selain itu, Sijil penghargaan kepada jabatan/ agensi kerajaan yang turut serta dalam mengadakan pameran dan perkhidmatan kaunter telah disampaikan oleh En. Wong Foo Tin, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Mantan Timbalan Pengarah Urusan, Encik Abdul Hamid Sani telah diadakan pada 7 Ogos 2020 bersamaan dengan Hari Jumaat bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu. Seramai 82 orang yang terdiri daripada kakitangan YUM termasuk ahli keluarga mantan Timbalan Pengarah Urusan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Majlis ini diserikan dengan pelbagai pengisian yang bermakna di antaranya ialah tayangan video khas mengenai perjalanan perkhidmatan mantan Timbalan Pengarah Urusan sepanjang tempoh beliau berkhidmat (2 April 1988 – 2 April 2020), persembahan koir daripada kakitangan Ibu Pejabat dan penyampaian cendera kenangan kepada mantan Timbalan Pengarah Urusan daripada Pihak Pengurusan dan Wilayah Timur.

Encik Abdul Hamid Sani dalam ucapannya sangat menghargai pengalaman bekerja di YUM dan berharap semua kakitangan terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh sehingga hari terakhir bekerja. Bagi pihak semua kakitangan, Pengarah Urusan merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau dan mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang yang beliau ceburi.

Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Beaufort dengan kerjasama YUM Cawangan Beaufort telah bersama-sama menjayakan Majlis Hari Keluarga Ahli YUM Cawangan Beaufort sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun YUM.  Majlis ini telah diadakan pada 14 Mac 2020 di Pantai Kenangan, Bongawan Sabah yang telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada ahli-ahli YUM, keluarga ahli serta kakitangan YUM.

Perasmian majis telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM dengan gimik perasmian menerbangkan Wau yang mempunyai lambang logo Jubli Perak YUM dan disusuli dengan permainan gasing.  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Ali Rahman Yusof, Setiausaha kepada YB Dr. Daud Yusof, En. Abdul Hamid Sani, Timbalan Pengarah Urusan, En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan), En. Roseli Sindong, Penolong Pengarah Urusan (Perancangan), En. Constantine Michael, Pengurus Operasi Wilayah Pedalaman, En. Frankie Gurianah, Pengurus Cawangan Beaufort, Cik Daisy Livinu, Pegawai Pembangunan (Program Khas) dan Pn. Dolniah Apuk, Pengerusi Ketua Pusat Cawangan Beaufort.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik diantaranya ialah tarian zumba, lumba lari dalam karung, meniup belon, bola tampar, tarik tali, kerusi beracun dan acara tukar hadiah antara Pusat.  Manakala acara kemuncaknya adalah penyampaian Anugerah Khas.

Penerima Anugerah Khas adalah seperti berikut:

Anugerah Pusat Cemerlang

1.  Pusat Biau Bongawan  

Anugerah Ketua Pusat Cemerlang

1.  Pn. Amas @ Zaleha binti Yusof @ Md. Yusof (Pusat Biau Bongawan)

2.  Pn. Banun binti Yusof (Pusat Darat Pauh)

3.  Pn. Noria binti Balang (Pusat Batu 60)

Pengurusan Kanan YUM yang diketuai oleh Pengarah Urusan, En. Freddy Rantau telah mengadakan lawatan di Daerah Tambunan dan Ranau pada 28 dan 29 Julai 2020. Pengisian program semasa lawatan ini ialah sesi dialog bersama JKePYUM Tambunan dan Ranau dan lawatan projek usahawan-usahawan di bawah bimbingan YUM. Lawatan ini juga disertai oleh Pengurus Operasi Wilayah Barat, En. Polimun Tinsuk.

Pihak Pengurusan Kanan YUM turut berkunjung ke Rumah Anak Yatim Bondulu, Toboh Tambunan bersama dengan JKePYUM Tambunan untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada penghuni-penghuni rumah tersebut.

Berikut merupakan projek usahawan yang dilawat:

TAMBUNAN

Nama Usahawan

Nama Pusat

Kegiatan

Pn. Yong Fui Kin

Pusat Dalungan

Kedai Jual Pakaian, Kasut Sekolah

Pn. Bridget Ignatius

Pusat Toboh 2

Salon Kecantikan

Pn. Chrisnavellyn David

Pusat Tanaki

Aksesori Handphone, Vape

Pn. Flora Samat

Pusat Gagaroan

Kedai Aluminium

RANAU

Nama Usahawan

Nama Pusat

Kegiatan

Pn. Selitah Sinit

Pusat Kandawayon

Mini Market

Pn. Halinah Jamita

Pusat Poring

Restoran, Kedai Runcit, Kolam, Ladang Arnab

Pn. Farahana Sukimin Abdullah

Pusat Poring

Kraftangan, Kedai Runcit, Sewa Premis

vTujuan lawatan ‘turun padang’ ini adalah untuk melihat dan mendapatkan maklum balas ahli-ahli YUM yang terjejas akibat COVID-19 serta memberikan semangat dan urusan penggalakan untuk ahli-ahli yang dilawat.

Menziarahi keluarga mendiang Lagiman @ Welfred Muda

Pada 06 Februari 2020, rombongan dari Ibu Pejabat yang diketuai oleh Pengarah Urusan Encik Freddy Rantau bersama Timbalan Pengarah Urusan Encik Abdul Hamid Sani, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) Encik Jayari Misuari, Pengurus Pentadbiran dan Perjawatan Encik Airon Anthony Peter Kagut, Pengurus Operasi Wilayah Pedalaman Encik Constantine Michael, kakitangan Ibu Pejabat dan kakitangan Cawangan Keningau telah menziarahi kediaman mendiang Lagiman @ Welfred Muda di Kg. Tagai Apin-Apin, Keningau untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Sumbangan Khairat Kematian dari Yayasan Usaha Maju (YUM) sebanyak RM3,000.00 dan sumbangan derma ikhlas dari semua kakitangan YUM berjumlah RM2,000.00.

Mendiang mula berkhidmat dengan YUM pada 15 September 1990 sebagai Penyelia Pinjaman di Cawangan Keningau dan kemudian telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pinjaman (PPN) di Cawangan Keningau pada 01 September 2007.  Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Keningau pada 29 Januari 2020.