Pada 26 hingga 27 Jun 2019 iaitu selama dua hari berlangsungnya Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan yang telah disertai seramai 22 orang usahawan daripada Cawangan Kota Marudu.  Kursus ini dianjurkan oleh YUM dengan kerjasama WHB Management Training dan telah diadakan di Mini Dewan GL Hotel, Kota Marudu.

Topik-topik kursus yang telah disampaikan oleh penceramah adalah seperti berikut:

1. Penetapan Minda Usahawan

2. Pengenalan Pengurusan Kewangan Perniagaan

3. Asas Perakaunan dan Simpan Kira

4. Pengurusan Aliran Tunai dan Untung Rugi

5. Pengurusan Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira

6. Pengurusan Kewangan Peribadi/Keluarga

Kursus ini disampaikan melalui ceramah dan disamping itu para peserta juga telah diberi tugasan latihan tentang Aliran Tunai dan Untung Rugi Syarikat.  Selain daripada itu latihan juga diberi dalam mencari Untung Kasar dan Untung Bersih, Rugi Kasar dan Rugi Bersih Perniagaan.

Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Zakiron Kulim, Pengurus Cawangan Kota Marudu.