Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Beaufort yang diketuai oleh Pn. Dolniah @ Polniah Apuk dengan kerjasama YUM Cawangan Beaufort telah bersama-sama menjayakan Majlis Hari Keluarga dan Riang Ria Raya pada 06 Julai 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun Banir.  Seramai lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada ahli-ahli YUM, keluarga ahli serta kakitangan YUM telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis ini telah diserikan dengan pelbagai pengisian yang menarik diantaranya ialah Pertandingan Mewarna dan Meniup Belon Kategori Kanak-kanak, Pertandingan Nafas Paling Panjang dengan menyebut 'Yayasan Usaha Maju' Kategori Dewasa, Pertandingan Pakaian Glamour, Cabutan Tiket Bertuah, Hadiah Misteri Pengunjung Bertuah dan Penyampaian Anugerah Akedemik Cemerlang (UPSR, PT3 dan SPM) tahun 2018 bagi anak-anak ahli YUM.

YB Dr. Daud Bin Yusof, Pembantu Menteri, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap ADUN N. 23 Bongawan telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut.  Antara tetamu yang turut menyerikan majlis ialah En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM, YB Tuan Matbali Bin Hj. Musah, ADUN N. 27 Lumadan, YB Datu Isnin Aliasnih, ADUN N. 25 Klias, Puan Hajah Juhairi Binti Matlani, UPPM N. 25 Klias, Tuan Haji Mahadi Bin Mumin, UPPM N. 27 Lumadan, Tuan Haji Jupari Etok, Pegawai Daerah Beaufort, Tuan DSP Azmir Abdul Razak, Ketua Polis Daerah Beaufort, En. Ali Rahman Bin Yusof, Setiausaha Politik kepada Pembantu Menteri KPIM, En. Arzizan Bin Zaini, Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri KPIM serta pegawai-pegawai kanan YUM.

Dikemuncak majlis En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM telah menyampaikan anugerah Ketua Pusat Cemerlang, Pusat Cemerlang dan Usahawan Cemerlang bagi tahun 2018.