Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod telah diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2019 bertempat di Hotel Lintas Platinum Kota Kinabalu.  Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Pentadbiran dan Perjawatan dan Unit Latihan Yayasan Usaha Maju (YUM).  Seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pinjaman, Kerani Akaun, wakil dari setiap Unit dan Bahagian Ibu Pejabat, YUM.

YUM telah menjemput dua orang penceramah dari Arkib Negeri Sabah bagi mengendalikan kursus Pengurusan Fail dan Rekod sepanjang dua hari kursus.  Objektif kursus adalah seperti berikut;

a.  Memberi kefahaman tentang prinsip dan konsep pengurusan rekod.

b.  Memberi kefahaman tentang membangunkan klasifikasi fail Housekeeping dan fail Fungsian.

c.  Memberi kefahaman tentang proses bagaimana pengendalian fail, peredaran fail, pembukaan fan penutupan fail.

d.  Memberi kefahaman tentang kulit fail Terbuka, Sulit dan Rahsia.

e.  Memahami proses yang berhubungkait dengan pemusnahan rekod dan juga pemindahan rekod untuk simpanan kekal.

f.  Memberi pendedahan awal tentang Jadual Pelupusan Rekod sebagai satu panduan bagi menentukan tempoh simpanan rekod.

g.  Memberi pendedahan tentang pemeliharaan dan keselamatan rekod.