PERUTUSAN PENGARAH URUSAN

 

Salam sejahtera, salam 1Malaysia  dan selamat datang ke Laman Web rasmi  Yayasan Usaha Maju (YUM).

YUM adalah badan amanah di bawah Kementerian Kewangan negeri Sabah yang melaksanakan program kredit mikro ala Bank Grameen (Bangladesh) kepada masyarakat miskin di negeri ini. 

Laman Web YUM ini adalah salah satu saluran untuk menyebarkan maklumat organisasi dan program YUM kepada kumpulan sasar serta masyarakat umum.  Semoga para pengunjung dapat memanafaatkan sepenuhnya maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini.

Saya bagi pihak YUM amat mengalu-alukan segala cadangan serta komen daripada pengunjung untuk menambahbaik persembahan Laman Web ini seterusnya memantapkan sistem penyampaian YUM pada masa hadapan.

Sekian, selamat melayari Laman Web YUM.


Y. Bhg En. Freddy Rantau
Pengarah Urusan
Yayasan Usaha Maju