Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad Ke-17 telah diadakan pada 27 Julai 2017 bermula pada jam 09.00 pagi di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Antara agenda MAT KO-YUM Berhad bagi tahun 2017 adalah:

1.   Melantik suatu jawatankuasa terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga termasuk pengerusi untuk menentusah draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.

2.     Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung bagi sesi 2016/2017 yang bertarikh 06 Oktober 2016.

3.   Menimbang Laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun teraudit dan laporan Lembaga Koperasi.

4.   Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi, Cadangan-cadangan Pembahagian Keuntungan dan Laporan Juruaudit Koperasi.

      a).   Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang.

      b).   Menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan dividen ke atas yuran.

5.   Membincang dan meluluskan usul dan cadangan.

6.   Membincangkan Had Keberhutangan KO-YUM Berhad.

7.   Memilih 3 anggota Lembaga.

MAT KO-YUM Berhad kali ini telah dihadiri oleh anggota seramai 76 orang dan mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.