Lawatan rombongan Jawatankuasa Kelulusan Pinjaman Peringkat Ibu Pejabat yang diketuai oleh Encik Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju ke Wilayah Timur telah berjaya dilaksanakan pada 16 - 19 Februari 2016. Rombongan lawatan ini turut disertai oleh Encik Andrew Richard, Penolong Pengarah Urusan (Operasi), Encik Jayari Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan), Encik Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) dan Encik Bindai Sandau, Pengurus Operasi (Kutipan dan Kawalan Kredit).

Objektif utama program lawatan ini adalah untuk memberi galakan dan bimbingan ke arah kemajuan dan pembangunan Usahawan Skim Pinjaman Usahawan, mempromosi Skim Pinjaman Usahwan serta melihat secara lebih dekat cara, kaedah dan pengoperasian program.

Lawatan rasmi ini melibatkan 4 cawangan iaitu cawangan Telupid, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan. Antara projek Skim Pinjaman Usahawan yang dilawat ialah Bengkel Tayar, Kedai Runcit, Kebun Kelapa Sawit, Menjual Ayam Segar, Rumah Sewa, Memborong Kuih Tradisional dan Restoran. Majlis dialog dan promosi Skim Pinjaman Usahawan Bersama Jawatankuasa Ketua Pusat bagi ahli-ahli YUM Cawangan Beluran juga diadakan di Dewan Koperasi Pembangunan Tanah Kg. Matanggar, Beluran sementara itu bagi ahli-ahli YUM Cawangan Kinabatangan telah diadakan di Ruang Sri Gumayad, Kg. Usaha Jaya Bukit Garam.

 

Gambar-gambar semasa lawatan