Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015

23 - 25 Oktober 2015, Padang Majlis Daerah Putatan

Sekali lagi YUM telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) mulai pada 23 hingga 25 Oktober 2015 bertempat di Padang Majlis Daerah Putatan.

Bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu"Agroteknologi Pemangkin Transformasi", YUM telah mengetengahkan beberapa orang usahawan YUM yang mempunyai kegiatan seperti pemprosesan sambal belacan, madu, minyak kelapa dara dan kulit kayu manis untuk mempamer, mempromosi serta memberi pendedahan kepada mereka di mata umum mengenai hasil produk keluaran mereka.

 

Kaunter Pameran dan Perkhidmatan sempena Seminar Keusahawanan Wanita Tahun 2015

YUM telah menyertai kaunter pameran dan perkhidmatan sempena Seminar Keusahawanan Wanita yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Ekonomi, Majlis Penasihat Wanita Sabah melalui urusetianya Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

               Tarikh                                              Tempat                                                      Masa

     25 Ogos 2015                             Dewan Masyarakat Sandakan                 08.00 pagi hingga 04.30 petang

     29 September 2015                    Dewan Masyarakat Tawau                      08.00 pagi hingga 04.30 petang

     15 Oktober 2015                        Dewan Masyarakat Keningau                  08.00 pagi hingga 04.30 petang              

Objektif program ini adalah untuk membuka minda para usahawan dan bakal usahawan wanita di luar bandar tentang ilmu kewangan dan keusahawanan.  Selain itu program ini turut memberi kesedaran tentang peluang-peluang perniagaan masa kini dan juga bertujuan sebagai "one stop centre" yang membolehkan para peserta mendapat khidmat nasihat tentang kewangan dan pembiayaan daripada agensi pemberi pinjaman atau bank.  Program seminar tersebut telah dihadiri oleh kira-kira seramai 300 hingga 450 orang peserta.

  

Pameran sempena Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2015

04 Ogos 2015, Ruang Foyer, Hotel Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu

YUM telah menyertai pameran sempena Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri pada 04 Ogos 2015 bertempat di ruang Foyer, Hotel Magellan Sutera Resort yang bermula pada 08.00 pagi sehingga 06.00 petang.  Pameran tersebut telah melibatkan seramai 20 buah badan berkanun dan agensi kerajaan negeri.

Antara objektif pameran tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta kursus, pegawai dan kakitangan yang hadir mengenai fungsi serta peranan setiap organisasi yang terlibat dalam pameran tersebut.

Pada sebelah pagi telah berlangsung majlis perasmian oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan disusuli lawatan ke setiap gerai termasuk gerai YUM.

 

Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2015

28 - 31 Mei 2015, Dewan Raya Koidupan/KDCA

Karnival SDSI anjuran bersama SME Corp., Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah salah satu program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan IKS di negeri Sabah.  Antara aktivitinya adalah info-info booth daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan.  YUM telah membuka sebuah booth untuk memberi penerangan dan maklumat mengenai YUM kepada para pengunjung.

Karnival tersebut telah diadakan pada 28 hingga 31 Mei 2015 selama 4 hari yang bermula dari jam 09.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari dan bertempat di Dewan Raya Koidupan/KDCA.

 

Perayaan Pesta Kaamatan/Panawari (Tamu Besar) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015

22 - 23 Mei 2015, Tapak Tamu Pekan Nabawan

Majlis Daerah Nabawan telah menganjurkan pameran sempena Perayaan Pesta Kaamatan/Panawari (Tamu Besar) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015 yang telah diadakan selama 2 hari pada 22 hingga 23 Mei 2015 bertempat di Tapak Tamu, Pekan Nabawan.

YUM telah mengambil peluang turut serta dalam pameran tersebut di samping mmeberi penerangan dan maklumat mengenai YUM, beberapa produk ahli turut dipamer dan dijuak iaitu antaranya ialah kraftangan dan baju tradisional kaum murut.

Program yang dianjurkan setiap tahun di daerah Nabawan ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

20150522 120322

 

Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015

01 Mei 2015, Pisampuruan Square Tambunan

YUM telah menyertai pameran yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Tambunan.  Pameran ini diadakan sempena Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015 selama sehari pada 01 Mei 2015 bertempat di Pisampuruan Square, Tambunan yang bermula pada jam 08.00 pagi.

Pameran ini telah disertai oleh beberapa orang ahli daripada Cawangan Tambunan.  Antara produk-produk ahli yang dipamer dan dijual semasa pameran tersebut adalah seperti kraftangan dan kek yakni telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.

 

 
31 Ogos 2013 hingga 16 September 2013
Aras Bawah, Suria Sabah Kota Kinabalu

 

YB Datuk Yahya Hussin dan YB Datuk Hajiji Mohd. Noor sempat melawat gerai pameran ahli dan
YUM sempena pameran Sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia.

 

07 September 2013

Usahawan YUM turut mempamerkan dan menjual produk-produk mereka sempena Sambutan Jubli
Perak Majlis Penasihat Wanita Sabah 2013 di perkarangan Wisma Wanita, Kota Kinabalu

 

26 - 30 Jun 2013

YUM telah menyertai pameran Karnival Usahawan IKS/SDSI Sabah 2013 sempena Minggu PKS Malaysia.   Usahawan YUM juga turut serta mempamer, mempromosi dan menjual produk keluaran mereka. Karnival ini telah diadakan di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan

 

17 - 19 Mei 2013

YUM Cawangan Sandakan telah turut serta dalam pameran sempena Karnival Jelajah Usahawan IKS Groom-Big Sabah 2013 yang telah dianjurkan oleh Persatuan IKS Groom Big Sabah dan MARA Negeri Sabah bertempat di Harbour Mall, Sandakan

 

18 Mei 2013

YUM Cawangan Penampang telah turut serta dalam pameran sempena Pesta Kaamatan Peringkat
Daerah Penampang

 

18 Mei 2013

YUM Cawangan Tambunan telah turut serta dalam pameran sempena Pesta Kaamatan Peringkat
Daerah Tambunan

 

26 - 28 April 2013

Sambutan Pesta Regatta Lepa yang telah diadakan di daerah Semporna adalah kali ke 2 disertai oleh
YUM pada tahun ini

 

27 - 29 April 2013

Pameran/Karnival Kerjaya sempena Seminar Bekerja, Berniaga dan Berkemahiran anjuran Persatuan Pemikir Sihat Sabah dan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama IDS (Sabah) telah disertai oleh Yayasan Usaha Maju Cawangan Papar

 

02 Mac 2013

Pameran sempena Program Info Komuniti 1Malaysia Kg. Bokok Kituau Penampang 2013 telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Limbanak, Penampang.Pameran ini telah disertai oleh YUM Cawangan Penampang

 

03 Februari 2013

YUM telah turut serta dalam pameran sempena Program My Beautiful Malaysia yang telah diadakan di
Taman Prince Phillip, Tanjug Aru, Kota Kinabalu