Seramai 30 orang usahawan YUM telah menghadiri Seminar Penjenamaan dan Pembungkusan Produk yang telah dianjurkan oleh YUM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) iaitu sebuah agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Seminar ini telah diadakan selama 3 hari yang bermula pada 26 hingga 28 November 2018 bertempat di Hotel Dreamtel, Kota Kinabalu.

Antara topik-topik yang telah disampaikan adalah seperti berikut:

1.  Pengurusan Jenama dan Reka Bentuk sebagai Agen Produktiviti dan Kualiti Produk

2.  Pembangunan dan Pengukuhan Produk melalui Reka Bentuk Pembungkusan

Selain daripada topik-topik tersebut para peserta juga telah didedahkan secara praktikal dengan bersemuka bersama pereka grafik untuk menghasilkan reka bentuk logo dan business card produk mereka.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran)