Mesyuarat Majlis Perwakilan Ahli YUM Kali Ke-5 (Bil. 2/2019) telah diadakan pada 04 hingga 05 Disember 2019 bertempat di Ming Garden & Residences Hotel, Kota Kinabalu.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan YUM serta 21 orang Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat YUM.

Profesor Madya Dr. (BK) Rozita @ Uji Mohammad, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah telah dijemput pada 04 Disember 2019 untuk menyampaikan satu ceramah yang bertajuk "Pembangunan Interpesonal:  Cabaran dan Penyelesaian". Keupayaan seseorang yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan interpesonal adalah amat penting dalam kehidupan seharian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.  

Pelbagai usul/cadangan diketengahkan dalam mesyuarat tersebut demi mempertingkatkan pengurusan operasi di cawangan. Disamping itu, Pengarah Urusan juga mengharapkan menjelang tahun 2020 penggunaan teknologi dapat diperluaskan ke seluruh cawangan.