Pelancaran Logo Baharu Yayasan Usaha Maju

YUM akan menjangkau usia 25 tahun pada tahun 2020 sejak ianya diperbadankan pada tahun 1995. Oleh itu, adalah wajar dan tiba masanya agar YUM mempunyai identiti baru bagi menggambarkan kematangan dan fungsinya dalam era sosio-ekonomi yang penuh dengan potensi dan cabaran pada hari ini. Ini juga untuk memastikan agar YUM sentiasa relevan dengan perubahan dan keperluan semasa stakeholder YUM. Sehubungan itu YUM telah melancarkan Logo Baharu pada 12 Januari 2019 bertempat di TH Hotel Kota Kinabalu yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Abu Bakar Hj. Abdul Latip Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) wakil kepada Yang Berbahagia Datuk Bahari Hj. Hassan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.

 

Makna Keseluruhan Logo:

Sebagai organisasi yang membantu dan memantau perkembangan usahawan mikro Sabah, Yayasan Usaha Maju (YUM) membantu golongan berpendapatan rendah menjadi usahawan. Dengan reka bentuk logo yang baharu, YUM dapat menjadi tumpuan golongan ini untuk terus maju. Nama Yayasan Usaha Maju yang dipamerkan dalam huruf besar dengan ketebalan berbeza adalah untuk memberi keyakinan bahawa organisasi ini dapat dijadikan pusat memdapatkan bantuan keusahawan serta khidmat nasihat yang sesuai bagi usahawan baharu dan usahawan mikro.

 

Makna Reka Bentuk Logo:

Bentuk pucuk pokok menggambarkan perkembangan usahawan mikro dengan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh YUM. Selain memberikan bantuan, YUM juga memantau keberkesanan bantuan untuk para usahawan agar perkembangan sejajar dengan keperluan industri.

 

Makna Warna Yang Digunakan:

Biru muda dipilih untuk bentuk anak pokok yang lebih besar menggambarkan perkembangan tekal bagi industri yang terlibat.

 

Hijau pucuk pisang digunakan untuk bentuk anak pokok yang lebih kecil menggambarkan perkembangan harmoni dan stabil usahawan baharu dan usahawan mikro dengan bimbingan daripada YUM.