Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Mantan Timbalan Pengarah Urusan, Encik Abdul Hamid Sani telah diadakan pada 7 Ogos 2020 bersamaan dengan Hari Jumaat bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu. Seramai 82 orang yang terdiri daripada kakitangan YUM termasuk ahli keluarga mantan Timbalan Pengarah Urusan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Majlis ini diserikan dengan pelbagai pengisian yang bermakna di antaranya ialah tayangan video khas mengenai perjalanan perkhidmatan mantan Timbalan Pengarah Urusan sepanjang tempoh beliau berkhidmat (2 April 1988 – 2 April 2020), persembahan koir daripada kakitangan Ibu Pejabat dan penyampaian cendera kenangan kepada mantan Timbalan Pengarah Urusan daripada Pihak Pengurusan dan Wilayah Timur.

Encik Abdul Hamid Sani dalam ucapannya sangat menghargai pengalaman bekerja di YUM dan berharap semua kakitangan terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh sehingga hari terakhir bekerja. Bagi pihak semua kakitangan, Pengarah Urusan merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau dan mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang yang beliau ceburi.