YUM telah berpeluang mengadakan pameran dan kaunter perkhidmatan sempena Majlis Penutupan Program Sosio-Ekonomi ESSCOM dengan kerjasama pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah pada 14 Ogos 2020 di Dewan Masyarakat, Sandakan di mana para peserta boleh mendapatkan maklumat mengenai YUM serta skim-skim pinjaman yang ditawarkan.

Beberapa buah jabatan/ agensi kerajaan turut serta dalam mengadakan pameran dan perkhidmatan kaunter untuk memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat mengenai jabatan/ agensi masing-masing.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Zainudin bin Aman, Pengarah JPSM Sabah. Acara kemuncak pada majlis ini ialah acara memeterai MOU di antara ESSCOM dan JPSM Sabah.

Selain itu, Sijil penghargaan kepada jabatan/ agensi kerajaan yang turut serta dalam mengadakan pameran dan perkhidmatan kaunter telah disampaikan oleh En. Wong Foo Tin, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).