Program Khas merupakan program sosial dan pembangunan insan kepada ahli-ahli YUM. Aktiviti Program Khas yang dilaksanakan antaranya Kursus Pentadbir Pusat dan Majlis Sambutan Hari Keluarga Ahli YUM. Kursus Pentadbir Pusat merupakan kursus yang diberikan khusus kepada ketua-ketua pusat YUM yang bertujuan meningkatkan dan menambah nilai ciri-ciri kepimpinan dan pengurusan Ketua-ketua Pusat YUM. Manakala Majlis Sambutan Hari Keluarga Ahli YUM merupakan perhimpunan ahli di cawangan-cawangan yang biasanya diadakan sekali dalam setahun. Majlis ini bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama di kalangan ahli dan juga YUM, selain mengiktiraf pencapaian ahli dan pusat. Penyeliaan ke atas Jawatankuasa Ketua Pusat YUM di 24 buah Cawangan juga dilaksanakan di bawah program ini.