PENGENALAN

Skim Pinjaman Membaiki Rumah (SPBR) adalah skim pinjaman khas untuk membaiki rumah yang sedia ada. Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup khususnya tempat tinggal ke arah yang lebih selesa dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan institusi keluarga bahagia.

KELAYAKAN PEMOHON

  • Pemohon hendaklah seorang ahli sah dan pernah meminjam SPA sekurang-kurangnya satu kali.
  • Berumur 18 - 59 tahun semasa pinjaman dibuat.
  • Mempunyai rekod bayaran balik 100% (meliputi pinjaman sebelum dan semasa).
  • Sudah melunaskan pinjaman SPA pertama.
  • Jumlah tanggungan bulanan (bayaran pinjaman) dengan YUM termasuk bayaran pinjaman membaiki rumah tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan.
  • Mempunyai rumah sendiri sedia ada untuk dibaiki.
  • Pusat mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang baik iaitu 100%.

JUMLAH PINJAMAN

Jumlah pinjaman adalah dari RM1,000.00 hingga RM10,000.00.

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah mengikut pilihan ditetapkan iaitu 50, 100, 150, 200 atau 250 minggu.